Peralatan Yang Perlu Disediakan
Anda tidak perlu menyediakan peralatan yang khas untuk memulakan kraf ini, anda boleh gunakan apa sahaja yang ada di dapur anda. Setelah selesai melakukan kerja-kerja kraf cuci peralatan tersebut dan anda boleh melakukan tugasan masak memasak anda seperti biasa.
Sebelum memulakan proses membuat sabun, sediakan peralatan berikut
1) Microwave Oven atau Periuk
2) Pisau Pemotong
3) Alas Tempat Pemotong
4) Penimbang
5) Mangkuk atau Jug Penyukat – Perlu bekas yang tahan panas.
6) Sudu atau Spatula
7) Tuala kecil atau tisu dapur
8) Acuan

Langkah 1: Potong & Timbang Bahan Asas Sabun
Potong blok asas sabun kepada ketulan yang kecil dan timbang sehingga mendapat kuantiti yang diperlukan.

Langkah 2: Mencairkan Asas Sabun
Panaskan ketulan-ketulan sabun di dalam microwave menggunakan suhu terendah. Gunakan bekas yang tahan panas. Sekiranya masih ada ketulan sabun yang masih tidak cair, kacau dan ulangi Langkah 2 sehingga ketulan sabun cair sepenuhnya.
Berhati-hati, Panas!! Sabun mencair dalam suhu 60°C ke 80°C. Suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan cecair sabun itu menjadi berbau hangit dan warnanya akan menjadi legam
Pastikan kawasan kerja dan pisau bersih daripada habuk dan kotoran. Ini bagi mengelakkan habuk dari termasuk ke dalam cecair sabun.. Oleh kerana sabun adalah lutsinar, ia akan mudah kelihatan dan akan menjejaskan hasil terakhir sabun tersebut

Sekiranya anda tidak mempunyai microwave, anda boleh mencairkan sabun mengunakan kaedah double boiling, iaitu kaedah yang sama seperti mencairkan coklat
Cara guna double boiler
1) Sediakan 1 Periuk diisi dengan air (suku atau separuh penuh) dan panaskan di atas api, tunggu hingga air mendidih
2) Bekas tahan panas yang mengandungi bahan asas sabun yang telah dipotong kecil-kecil perlu diletakkan ke dalam periuk tersebut.
3) Biarkan air mendidih memanaskan bekas berisi bahan asas sabun sehingga asas sabun tersebut cair. Sekiranya paras air mendidih berkurangan, tambahkan air.
4) Kacau asas sabun perlahan-lahan sehingga sabun cair.

Langkah 3: Masukan Pewarna
Titiskan pewarna ke dalam cecair sabun tersebut.
Pastikan pewarna yang digunakan adalah selamat untuk kulit..
Sabun hendaklah dikacau perlahan-lahan sehingga sebati. Anda juga bole menambahkan bahan tambahan lain seperti vitamin ekstrak dan serbuk kecantikan di peringkat ini
Tip : Jangan kacau terlalu laju atau kuat. ini untuk mengelakkan buih dari terhasil dalam cecair sabun tersebut.

Langkah 4: Masukan Pewangi
Sementara cecair sabun masih panas, pewangi ditambahkan perlahan-lahan..
Kuantiti pewangi adalah bergantung kepada anda.

Langkah 5: Tuang Ke Dalam Acuan
Tuangkan ke dalam acuan yang disediakan dengan perlahan-lahan untuk mengurangkan buih pada sabun
Tip 1: Alkohol boleh juga digunakan untuk menghilangkan buih yang terbentuk dipermukaan sabun. Caranya adalah dengan menyembur alkohol pada buih yang terbentuk. Anda akan nampak buih tersebut pecah dan hilang
Tip 2: Anda juga boleh membuang lapisan buih di permukaan sabun tersebut dengan sudu

Langkah 6: Keluarkan Dari Acuan
Biarkan sabun sejuk dan keras dalam suhu bilik. Ia mungkin mengambil masa antara 1 jam sehingga 1 hari bergantung pada saiz sabun dan juga jenis acuan yang digunakan. Setelah sabun keras keluarkan dari acuan dan SELAMAT MENGGUNAKANNYA!!
Tip1: Sabun perlu disimpan di tempat kedap udara atau dibalut dengan cling wrap sekiranya tidak ingin digunakan. Ini bagi mengelakkan sabun dari mengalami ‘perpeluhan’ iaitu terjadinya tompok-tompok air dipermukaan sabun
Tip 2: Sekiranya anda menggunakan acuan yang agak keras dan kurang melentur dan ingin mempercepatkan proses penyejukkan sabun, anda boleh masukkan acuan sabun tersebut dalam peti ais . Jangan terlalu lama, sekadar untuk menyejukan dan merenggangkan permukaan sabun dari permukaan acuan sahaja. Ia memudahkan anda untuk mengeluarkan sabun tersebut dari acuan.