lye safety

Apa itu Lye / Soda Kaustik

‘Lye’ atau (sodium hydroxide, NaOH) adalah sebatian kimia berakali yang bersifat menghakis dan berbahaya. Ia juga dikenali sebagai caustic soda. Lye adalah bahan utama yang digunakan dalam proses membuat sabun. 

 

Secara asasnya sabun adalah bahan yang terhasil melalui tindakbalas antara lye dengan lemak atau minyak daripada tumbuh-tumbuhan ataupun haiwan. Tindakbalas ini dikenal sebagai saponifikasi

Lye akan bertindak menghuraikan minyak dan lemak bagi membentuk sabun dan gliserin.  

Dalam proses menghasilkan sabun cold process , setiap  soapmaker perlu tahu cara mendapatkan kuantiti lye yang diperlukan untuk menghasilkan sabun. Terdapat formula dan pengiraan yang perlu dilakukan dulu, bagi memastikan sabun yang terhasil tidak mengandungi lebihan lye yang mana ia boleh merosakkan kulit. Jangan risau, prosesnya tidak lah sukar. Anda perlu tahu menggunakan Lye Calculator sahaja. Hanya masukkan kuantiti dan jenis minyak yang anda gunakan, calculator ini akan memberikan kuantiti lye yang diperlukan.  

 

Sekiranya anda baru belajar buat sabun, anda hanya perlu ikut resipi sabun yang diberikan oleh pengajar anda atau gunakan resipi sabun yang dikongsikan di blog-blog dan group peminat kraf sabun.

Bahaya Lye.

Lye ini bersifat toksik & menghakis. Ia amat sensitif dengan air dan wap air. 

 

Apabila lye bercampur dengan air, haba dan gas akan dilepaskan. Haba ini terlalu tinggi dan boleh menyebabkan melecur teruk sekiranya terkena pada kulit dan boleh menyebabkan buta sekiranya terkena mata. Walaupun dalam keadaan kering, sekiranya anda menyentuh lye tanpa sarung tangan, ia akan menyebabkan lecuran pada kulit anda. 

 

Selain itu, Ia juga mengeluarkan gas, yang boleh membahayakan paru-paru. Kanak-kanak dan binatang peliharaan adalah dilarang untuk berada berhampiran dengan Lye.

 

Oleh sebab inilah, lye perlu dikendalikan dengan teliti dan berhati-hati. Peralatan seperti sarung tangan, penutup hidung dan cermin mata keselamatan perlu digunakan ketika anda ingin mengendalikannya untuk buat sabun

Cara Mengendalikan Lye Ketika Membuat Sabun

lye safety

Dimana Nak Beli Lye?

Anda boleh mencari di kedai-kedai barangan hardware. 

Anda juga boleh mendapatkannya di sini .. klik gambar

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *