Membuat Sabun Melt & Pour adalah hobi yang menyeronokkan ia adalah kaedah yang paling popular untuk pemula kerana sangat mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran atau pengalaman khusus. Ia mempunyai pelbagai kelebihan antaranya ialah
- Proses membuat sabun yang menyeronokkan dan mudah tanpa menggunakan bahan beralkali Lye.
- Oleh kerana ia tidak melibatkan sebarang bahan kimia berbahaya, anda boleh menggunakan peralatan sedia ada di dapur anda. Lepas habis buat sabun, basuh dan boleh pakai semula untuk kerja-kerja memasak seperti biasa.
- Ia juga amat versatile di mana ia boleh dicuba dan oleh sesiapa sahaja, dari tahap permulaan sehingga lah oleh mereka yang telah pakar. Malah kanak-kanak juga boleh juga membuatnya (perlu pengawasan orang dewasa)
- Proses membuat sabun melalui cara melt & pour adalah sangat mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit.
- Sekiranya tak puas hati dengan hasil sabun yang telah dibuat, anda boleh cairkan semula sabun tersebut dan buat semula..jimatkan?
- Hobi ini amat praktikal, selain boleh membina kreativiti, ia juga boleh digunakan dan dijadikan hadiah kepada yang tersayang
- Anda boleh bereksperimen dengan aroma, minyak dan pewarna yang berbeza untuk mencipta bar unik anda sendiri.